Tuesday, May 13, 2014

Update blog?

Assalamu'alaikum..

Update blog? itulah saat2 yang sering saya nantikan.. tapi selalu saja ada kekangan masa untuk post.. memandangkan sekarang sedang berpraktikal jadi agak kesibukan sedikit. apa2pun, saya dah tulis untuk simpanan peribadi. mungkin akan belek2 semula sebelum pusblish. :) nantikan sajalah ya..

Friday, May 2, 2014

Perbincangan Hala Tuju Selepas Degree

Sebelum saya tamat degree, saya sudah mempunyai keluarga besar di dalam kampus. Hasil tarbiyah dari para murabbi dan sahabat-sahabat. Kami ada membuka topik mengenai halatuju setelah grad, itupun bincang dalam whatsapp groups (salah satu media social yang popular masa kini). Mengikut suasana kampus, istilah grad ni hanya untuk lepasan diploma dan degree sebab kebanyakan kami berada pada level ini. Jadi, perbincangan dimulakan dengan seorang muslimin yang meminta pandangan sahabat-sahabat lain ke mana dia harus pergi selepas grad diploma. Saya dan sahabat-sahabat yang lain tentu saja menyuruhnya sambung degree di KUIS. Sebab, supaya dapat meneruskan legasi kepimpinan persatuan pada masa akan datang, mengajarkan ilmu melalui pengalaman-pengalaman yang diperolehi sebelum ini dan yang paling pentingnya, ilmu dan semangat yang telah dia bina sepanjang 3 tahun diploma di sini!

 Saya pun pernah berpandangan sebegitu dahulu. Kalau nak diikutkan result diploma boleh je apply IPTA, namun atas rasa kecintaan dan sayang dengan suasana di sini, saya amik keputusan untuk sambung degree. Tak lama. 2 tahun saja. Itupun rezki dapat 2 tahun. Selepas batch saya, fakulti dah tak benarkan generasi seterusnya memendekkan masa pengajian.. Selamat2..

Then sampai turn saya, tiba-tiba presiden persatuan sarankan pada saya “Shu, pandangan ana enti kahwin terus dan support suami. Ada masa buat master menulis..”

Terrr…. Apakah??

Tergamam saya sekejap. Tak sangka muslimin tu beri pandangan sebegitu dengan dibaca oleh sahabat-sahabat yang lain. Ok fine. Hmm, namun ada benarnya juga kan. Kalau ikut umur memang dah sepatutnya. Huhu. Tapi masih belum tiba lagi masanya..


Tapi yang paling penting saya suka highlight tang menulis tu. Kenapa ya dia cakap macam tu?? Seolah-olah macam dia tahu saya suka je menulis. Tapi penulisan yang tak ikut formatlah. Sekadar tulis apa yang terkandung di benak hati dan fikiran. Kata-kata sahabat saya tu, sedikit sebanyak menyuntik semula semangat saya untuk terus menulis. 

Ahlan wasahlan..

Assalamu'alaikum wbt..


Ini merupakan post saya yang pertama untuk blog baru ini.. terpaksa menghapuskan blog lama dek ke'virus'an.. Entah apa penyakitnya. Mungkin sudah lama tidak dirawat dan trlalu berat dengan hiasan dalaman. Tak mngapa. Mungkin blog baru ini yang paling simple akan saya hasilkan.

Terimbau kenangan bagaimana mengenali dunia blog. Agak lambat. Sekitar tahun 2008. Masa tu masih dalam semester 3 diploma. Saya mengenali seorang kakak senior. Hayati namanya. Dia sangat aktif dalam dunia penulisan blog suatu ketika dahulu. Beliau yang menyarankan dan memberi semangat kepada saya untuk menulis. Semua muslimat disuruhnya buat blog. Masa tu facebook masih baru. Blog sangat popular waktu tu. Kadang-kadang sampai bersengkang mata saya belajar cara buat blog dari kak Yati ni..Karya-karyanya kadang-kadang cukup mengkagumkan saya sehinggakan jika kalian membacanya, akan ada masa terangguk-angguk dan menggeleng-gelengkan kepala. Sebab apa? Sebab terkesima dengan tulisannya. Tapi sekarang beliau sudah tidak aktif sejak berumahtangga, Bahagia dan kesibukan menguruskan mahligai baitul muslimnya. Alhamdulillah.

Sebelum saya hidupkan semula blog, saya ada menulis untuk simpanan sendiri di folder. Memikirkan tidak mahu kehilangan apa yang saya tulis, saya usahakan juga bina blog kerana pernah laptop hampir-hampir kehilangan semua dokumen lantaran rosak hard disk. Mujur sempat diselamatkan.

Sebab apa saya buat blog? Sebab bagi saya, ini salah satu cara untuk saya ekspresikan tentang kisah kehidupan manusia. Apa yang saya akan kongsikan adalah melalui pengalaman-pengalaman saya serta orang-orang di sekeliling saya. Pengalaman adalah guru yang paling baik. Melalui penulisan, kita akan baca dan ingat. Sampai satu masa, kita akan review semula apa yang kita tulis. Mudah-mudahan apa yang bakal saya kongsikan akan datang ini dapat memberi manfaat buat saya sendiri dan para pembaca. Saya bukanlah orang yang hebat-hebat, tapi saya belajar untuk menjadi hebat pada pandangan Allah swt.. Insya Allah.Ini saja rasanya perkongsian pertama saya. Ambillah apa yang baik. Sebarang komen atas kesilapan dan kekurangan adalah dialu-alukan.. Akhir kata, salam perkenalan.. :)


x